CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 27 December 2008

KENAPA AKU DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87

If someone loves a flower of which one example exists among all the millions and millions of stars, that's enough to make him happy when he looks at the stars. haniin.....

PAKU DI TIANG

Assalamualaikum..
Kisah ini ada dapat daripada seorang sahabat..renungkan
Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya.

Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan solat-solat sunat. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi di sebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "Aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,

Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara berangsur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang di ambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.

Wassalam.
‘Semoga kita sama-sama mengambil pedoman dari cerita di atas, insya-Allah’

Wednesday, 17 December 2008

NOMBOR YANG ANDA XPERNAH NAK DAIL

Assalammu'alaikum, Saudara-saudariku.Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah."Tekan 1 untuk 'meminta'.Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.Tekan 3 untuk 'mengeluh'.Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."Atau..Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:"Saat ini semua malaikat sedang sibuk membantu pelanggan lain. Harap dapat bersabar. Panggilan Anda akan dijawab sebentar."Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,"Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu, Tekan 4. Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga dan neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"Atau mungkin juga Anda mendengar ini :"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."Atau.."Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."Alhamdulillah. Allah SWT mengasihi kita, anda dapat menelefon-Nya setiap saat!Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah, tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi. Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 244342 : solat Subuh4 : solat Zuhur4 : solat Asar3 : solat Maghrib4 : solat IsyaAtau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 284434832 : solat Subuh8 : solat Dhuha4 : solat Zuhur4 : solat Asar3 : solat Maghrib4 : solat Isya8 : Solat Tahajjud atau lainnya3 : Solat WitirMaklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul."Talian terus, tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya.Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut"7 Kalimah ALLAH:1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. Mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu. Mudah-mudahan jadi senang, kerana sudah biasa.Amin.

SUATU MASA DULU..

Suatu masa dulu…
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan,
Begitu sibuk mengejar impian,
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan,
Dunia yang fana ini menjadi matlamatku,
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku,
Perihal akhiratku tiada ku endahkan,
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…
Sehinggalah pada suatu hari…
Engkau menguji ku dengan kegagalan,
Yang memusnahkan segala harapan,
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…
Ya Rahman…
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan,
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!
Dan kini...
Barulah ku sedari,
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu,
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu,
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa Dunia tidak patut dijadikan matlamat, Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan,
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu,
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...
Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...
Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...
Memang tidak dapat dinafikan lagi,
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…
Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan, Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,
Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…
Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untuk Mu…
Sebelum tiba ajalku,
Ingin ku merayu kepada Mu,
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku,
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...
Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...
Dan esok,
Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini,
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi,
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi...

SEKADAR RENUNGAN

Sewaktu kita kecil dahulu.
Ibu selalu berpesan
Jaga maruah diri dan peribadi
Jaga tutur kata dan kesopanan diri
Jaga batasan perempuan dan lelaki…
Ayah pula berpesan
Letakkan agama di taraf tertinggi
Jadikan iman pendinding diri
Jadikan solat pendekat dengan Tuhan
Jadikan Al-Quran bacaan kelaziman
Jadikan Zikrullah hiburan harian
Jadikan Sunnah Nabi titik panduan
Jadikan ilmu pembentuk diri
Jadikan taqwa penyuci hati…
Walau kita … tidak sekuat iman Sumayyah
Walau kita … tidak semantap iman Bilal bin Rabah
Walau kita … tidak semulia jiwa Siti Khadijah
Walau kita … tidak seteguh pegangan Amir bin Fuhairah
Walau kita … tidak setulus hati Mashitah
Walau kita … tidak sesuci nurani Aishah
Namun, kita tetap umat Muhammad
Kita tetap punya
Agama dan pegangan yang sama…
Namun, apabila usia menganjak dewasa
Tatkala ibu dan ayah sudah pergi meninggalkan kita
Tatkala kita mengenal betapa indahnya dunia
Tatkala kita mengetahui betapa dunia ini umpama syurga
Tatkala kita mengerti akan corat-coret kehidupan fana’
Tatkala kita memahami hakikat dosa juga pahala…
Kita mulai lupa pada siapa harus kita sujud
Kita mulai alpa pada siapa harus kita tawaduk
Kita mulai leka pada siapa yang harus kita tunduk
Yang kita ingat …
Hidup ini hanya sekali
Patut dipenuhi tawa riang ria
Patut dinikmati segala rahmat yang Tuhan kurnia
Patut bersuka ria sepanjang zaman remaja
Di mana anggota tubuh masih kuat dan tega
Di mana semangat masih menyala-nyala
Di mana tenaga persis kuda perang perkasa…
Namun kita lupa …
Betapa singkatnya hidup kita
Betapa ringkasnya ibadah kita
Betapa sedikitnya amalan kita
Betapa tipisnya iman kita
Yang bisa goyah sekali dicecah…
Ingatlah…
Dalam meniti arus ranjau dunia
Dalam meniti zaman penuh pancaroba
Dalam meniti kehidupan seribu satu warna
Dalam meniti indahnya usia remaja
Namun…
Jangan sekali-kali kita alpa
Jangan sekali-kali kita leka
Kerana..
Sekali kita hanyut
Sejuta kekesalan bakal menggayut
Tidak terfikirkah kita…
Tidak takutkah kita…
Akan jelingan maut Izrail itu
Akan pusara yang kelam dan kaku
Akan Titian Sirad yang mengundang resah dan pilu
Akan Padang Mahsyar
Tempat kita menghimpun waktu nan lalu
Akan Mizan…
Timbangan yang tidak akan sekali-kali menipu
Akan Syurga dan Neraka
Destinasi penentu segalanya
Akan diri kita yang dipalit noda juga dosa
Akan amal bakti kita
Yang hanya boleh dihitung dengan jari sahaja
Akan maut yang bakal menjemput
Tak kira waktu dan ketika…
Ketahuilah…
Tiba masa maut menjemput
Fikiran diselubungi penuh rasa takut
Namun, itu janji Allah yang Satu
Siapa bertaqwa dengan Tuhannya
syurgalah layaknya…
siapa yang leka dengan dunianya
Nerakalah jawabnya…
Dialah yang berkuasa dalam menghitung
Dialah pencipta Yang Maha Agung…
Sebelum usia menjangkau tua
Sebelum maut menjelang tiba
Insaflah dari Syurga Duniawi yang kita cipta
Insaflah dari tipu daya Iblis Durjana
Sedarlah dari nikmat yang kita reka
Sedarlah dari fantasi yang membutakan mata
Sedarlah dari ilusi yang menghitamkan jiwa…
Tiba masa dekatkan diri pada-Nya
Tiba masa sucikan hati dan jiwa
Selagi pintu taubat masih dibuka
Selagi amalan masih diterima
Selagi usia masih bersisa
Selagi mata belum tertutup buat selamanya…

DOA MUSTAJAB SEORANG IMAM

Pada suatu hari, seorang pemuda mengetuk pintu rumah Al-Imam Ahmad bin Hambal ra. Pada waktu itu, sang imam sedang duduk santai di rumahnya. Mendengar ada suara ketukan pintu Imam Ahmad segera bertanya siapa yang mengetuk pintu itu. Setelah pintu dibuka, ternyata yang datang adalah seorang pemuda.Dia bermaksud ingin bertemu Imam Ahmad.Setelah berhadapan dengan si Imam,pemuda itu berkata"Ya Imam,ibuku menyuruhku ke sini untuk bertemu dengan Imam.Dia terkena penyakit lumpuh.Kami sudah berubat ke mana-mana akan tetapi belum juga berhasil.Kini dia mengharapkan aku ke mari untuk didoakan oleh bapa Imam."
Al-Imam bertanya kepada pemuda itu,"Siapa yang memberitahukan kepadamu,nak bahawa doaku mustajab?Pulanglah kepada ibumu dan mintakan doa kepadanya untuk kita semua." Mendengar perkataan si Imam yang seakan-akan tidak mahu mengabulkan permintaan ibunya, pemuda itu keluar rumah dan menangis.
Melihat peristiwa itu,ibu Si Imam menemuinya dan bertanya "Mengapa engkau menangis nak?"
Pemuda itu menjawab,"Ibuku menyuruh aku ke sini untuk diberi doa oleh imam.Namun ternyata Imam tidak mendoakannnya.."
Ternyata pemuda itu begitu sedih.Ibu Imam Ahmad menjelaskan."tadi Imam telah mendoakanmu ibumu nak.Percayalah.Kini pulanglah engkau ke rumah."
Mendengarkan penjelasan itu, pemuda itu pun beredar dari situ.Sampainya di rumah, pemuda itu sangat terkejut melihat ibunya sudah sihat dan dapat berdiri,dan ibunya yang membukakan pintu untuknya.

ISLAM DIHINA!! DIMANAKAH SAUDARA2KU

( LINA JOY )kehebatan peguam jahanam Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...sapa yg lebih berkuasa...sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah daripada terpesong aqidah...amin.
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan. Kepada yang cintakan AGAMA ALLAH ISLAM DIHINA DI MALAYSIA.Baca sama-sama...Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahawa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M..sia. Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun- Tu dia tuan-tuan.Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam.Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak.Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia.Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depaminta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.-apa ni?-
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan.Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agamakita.Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia ?
...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam Majalah MilleniumMuslim.Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata katMufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open mindedlangsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia .Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!-------------------------------------------------------------------------Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartarberhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada rajamereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya.Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan SunnahRasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.Cetakan Beirut)Allahua..ala ..alam.

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIW AJ IBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...